Sunday 27 January 2013

Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua. Hari ini Cik Honey akan share resepi churros atau kuih belimbing. If korang dah tahu takpe, yang tak tahu. Korang boleh tengok resepi ni. Actually korang mesti pernah dengarkan nama kuih ni? siapa yang tengok movie "Running Man" must be know! because ada episod yang Kwangsoo tu. Churros sangat famous dekat Amusement Part, Korea. Okay, let's start!

Bismillahirrahmaniirahim,

Bahan-bahan

Air
Mentega
Garam
Gula
Tepung
Telur
Coklat/Coklat strawberry

1 cawan air
1 sudu makan mentega
1 1/4 cawan tepung
1 sudu makan gula
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara memasak

1. Panaskan kuali korang, masukkan air, garam, gula, dan butter. Didihkan sampai butter cair tau.

2. Make sure, slow kan api ya. Masukkan tepung dan kacau sampai kencang! haha tipu je. Kacau cepat- cepat dan tutup api ya.

3. Masukkan telur ayam ya jangan masukkan telur itik pula. Hihi, dan kacau sebati.

4. Lepas korang dah sebati kan bahan-bahan tu, korang masukkan adunan tadi dalam pipping bag yang nozel star. Kompom cun! if korang tiada pipping bag yang nozel star susah sikitlah tak nampak comel lah. Dah siap bernozel-nozel apa lagi tunggu. Goreng dengan warna keemasan gitu. Make sure api slow ya, nanti rangup sangat dah jadi marukku. Hik hik. Siap!

Untuk bahan mencicah, Cik Honey memilih chocolate brown dan chocolate strawberry dari kedai kek! memang nyummy. Especially for kanak-kanak yang sangat suka coklat.

Cara penyediaan coklat

1. Cik Honey guna coklat masakan yang tidak memerlukan campuran susu pekat. Sebab Cik Honey beli coklat masakan yang hanya perlu double-boiling kan sahaja. Kerja jadi senanglah.

2. Korang tunggu sampai coklat cair, dan angkat ke dalam mangkuk yang cantik untuk dihidang.

3. Dah siap! Alhamdulillah. Jangan lupa doa makan ya, selamat menjamu selera bersama Churros by Cik Honey.

Ikhlas,
Cik Honey.




2 comments:

  1. lamaa tak makan kuih belimbing ! boleh try ni . thanks ! :D

    ReplyDelete