Tuesday 29 January 2013

Crumbed cheesy sausage roll vs sakit kaki

Assalamualaikum wbt, selamat tengahari. Hah?! apa tu "Crumbed cheesy sausage roll". Makanan lah tak kan minuman pula kan? hehe maaf maaf sekadar gurauan sahaja. Hari ni Cik Honey akan shared resepi ni dengan korang semua. Eh! Cik Honey dengar nama resepi macam susah je?! memandai je korang kan! tengok resepi dulu okay. Selalu korang dengar nama roti hot dog je kan tapi kali ni di tambah dengan keju! agak-agak bertambah lemak ke tak ya? hehe. Resepi ni Cik Honey kopipasta di blog Moments in My Life korang pergi lah blog dia. Ha korang mesti tertanya-tanya(perasan je lebih) kenapa Cik Honey taip "Crumbed cheesy sausage roll vs SAKIT KAKI" kan?

Dugaan yang menimpa Cik Honey, bila bangun pagi. Nak pijak kaki ke lantai, MasyaAllah hanya Allah yang tahu betapa deritanya sakit yang Cik Honey rasa. Dalam seminggu tu pasti 2-3 kali kena. Tak kan setiap malam nak suruh mak Cik Honey yang urut. Maaf bonda. Cik Honey ada google pasal sakit kaki dan tumit. Ia sakit di sebabkan oleh urat "plantar pascia" menjadi radang(inflammed). Sakit sangat! korang yang pernah mengalami sakit ni, tolong lah shared rawatan apa yang sepatutnya Cik Honey nak laku kan, nak p hospital. Eerr (penakut) huhu.

Okay, let's start untuk memasak!

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan :

Roti - 10 keping
Sosej - 10 batang sosej tak kan 5 pula hihi
Keju - 10 keping
Telur - belasah sampai hancur (tipu) di pukul sedikit ya
Serbuk roti - nak salut salut nanti
Minyak - untuk minum, eh silap! mesti lah mengorengkan. Apa lah korang ni

Cara-cara :

1. Gelek-gelek roti hingga leper (bukan gelek inul ya), kalau nak buang kulit tepi roti. Sila buang ya. Depend pada korang.

2. Letak kan kepingan keju dengan lemah lembut dan di iringi dengan sosej.

3. Sapukan hujung roti dengan sedikit telur agar melekat.

4. Gulung dengan kemas, buat sampai habis tau.

5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dengan telur yang di pukul tadi. Then, gelek-gelek dengan serbuk roti.

6. Sedia kan kuali, taruh minyak. Bila minyak dah panas. Get ready untuk menggoreng. Bila dah nampak roti tu kuning keemasan (cewah!) boleh lah di angkat. Tos dulu ya, hidangkan bersama japannese mayonis dan limau suam (Cik Honey punya febret) depend pada korang lah ya. Dah siap kan? nak makan kan? mula kan dengan doa makan ya. Selamat menjamu selera dan selamat berjaya.

sumber dari blog Moments in My Life


Ikhlas,
Cik Honey

No comments:

Post a Comment