Friday 2 August 2013

Ikhlas dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat ana. MasyaAllah terlalu lama ana tak update dalam blog ini. Dengan keadaan ana yang kurang sihat. Entri ini ana copy dari sahabat ana. Moga dapat syafaat untuk sahabat-sahabat ana juga. InsyaAllah.

Ana bukan penulis yang hebat dan ana sebenarnya takut untuk menulis. Takut sekiranya ana sendiri tidak mengamalkan apa yang ditulis. Nauzubiilah. Kerana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
[as-Saff : 2-3]

InsyaAllah. Perkongsian kali ini juga merupakan muhasabah terbaik untuk diri ana sendiri dan juga sahabat ana yang dikasihi Allah SWT.

'Saya tidak mahu yang fitrah menjadi fitnah. Saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah.'


Waktu saya buka twitter tadi. Saya tweet lah ayat ni.
"Saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah"
then, seorang sahabat saya, Murshidah bertanya "maksudnya?"


Okay. Kalau kita nak mudah faham. 


Bismillahirrahmanirrahim. 

Cinta itu fitrah kan ? tapi sebenarnya apa itu cinta ? cinta tu fitrah dalam diri kita sebagai manusia. Allah yang tumbuhkan rasa tu dalam diri kita. Allah yang semai rasa tu dalam badan kita. tapi itu tak bermaksud kita boleh gunakan perasaan yang sepatutnya indah dan suci itu sewenang-wenangnya. cinta itu fitrah. YES. tapi yang fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. dan yang fitrah itu boleh bertukar menjadi barakah.


Cinta itu boleh jadi fitnah kalau kita salah apply. Coupling. Itu bukan trend umat islam. Tak kisah lah awak-awak sekalian cakap kami couple secara islamik ataupun tidak. Itu tetap bukan trend kita sebagai umat islam! 


Dan cinta tu jugak boleh bertukar menjadi barakah kalau kita salurkan rasa yang indah itu dengan betul. Cintailah yang Maha Menyintai. Cintailah Rasulullah yang terlalu merindui kita ni. Cintailah ibu bapa yang tak pernah jemu untuk berkorban dan memberi kasih sayang kepada kita sejak kecil. Cintailai ahli keluarga kita yang selalu ada untuk kita. Cintailah sahabat-sahabat kita yang sering mengajak kita untuk mengigati-Nya. CINTAILAH PADA YANG BERHAK.


Jagalah cintamu hanya kepada yang berhak. Biarlah orang yang hendak mendapatkan cintamu itu harus melabuhkan cintanya kepada Allah yang Satu untuk mendapatkan cintamu. Biarlah cinta yang bakal kita bina itu cinta high class. Kenapa high class ? bak kata Fatimah Syarha.

high class kerana.
itu tanda patuhi Allah.
itu tanda jauhi fitnah.
itu tanda sebuah mujahadah.

satu lagi. Sentiasa jaga kedudukan Allah dalam hati kita.
 insha-Allah. Bila kita menjaga Allah, Allah akan jaga kita balik. 

 Oh ya. Bercakap pasal fitrah. Sebenarnya kecenderungan kita untuk mendekati agama kita. Iaitu Islam. Itu juga fitrah. bukannya hipokrit. Janganlah takut untuk berubah. Bila hidayah itu sudah dicampakkan. Jangan pula lepaskan peluang yang Allah dah bagi. Sebab kita takkan tahu bila lagi hidayah nak menjenguk kita. 

Dan sahabat-sahabat. ingatlah bahawa cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya sangat luas. Cinta Allah buat kita lebih tinggi daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. Dapat bayang tak ? tinggi bukan ??? 
  
Sahabat-sahabat. Sungguh. Nak berubah itu mungkin bagi sesetengah daripada kita itu mudah. Tapi part nak istiqamah itu yang susah. Kekuatan itu harus dibina. Biarlah kita perit sebentar di dunia. Asal di akhirat sana bahagia. biarlah kita menanggung sedikit kesusahan di dunia. Asal di akhirat sana kita beroleh kesenangan. Biarlah kita dipandang hina oleh manusia. Asal kita dipandang mulia oleh Allah.
  
Ya Allah. Mujahadah itu sangat susah. Kerana syurga yang Allah tawarkan tersangat manis sahabat-sahabat. Tak dapat dibayang dek pancaindera kita. Syurga itu terlalu manis. dan tiada tiket percuma untuk kita ke sana. 
  
Sahabat-sahabat. Saya juga bukan insan yang terbaik untuk memberikan nasihat. Cuma saya ingin berkongsi apa yang saya dapat. Jangan dinilai diri ini. Jangan dinilai masa silam saya. Biarlah hanya Allah yang menjadi penilai buat saya. Cukuplah Dia. 


monolog diri :

Buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya.
saya juga bukan insan yang terlalu kuat. tapi saya harus kuat untuk terus meraih cinta-Nya.
sungguh. saya juga pernah jatuh terduduk. tapi saya tahu. kekuatan itu juga datang dari-Nya.
kepada-Nya lah kita meminta. binalah kekuatan itu wahai sahabat. 
moga Allah terus melindungi kita semua. 
uhibbukum fillah. 


Alhamdulillah, panjang lebar sahabat ana terangkan. Moga sahabat-sahabat ana yang lain dapat memahami. InsyaAllah. 


Jom ke blog sahabat ana yang super cute ni! 

No comments:

Post a Comment