Sunday, 4 August 2013

Astagfirullahal'azim. Kenapa hati ini mesti ada perasaan rindu?

Assalamualaikum wbt. 

Rindu itu adalah..

Anugerah dari Allah..

 Ya! bait-bait lagu Rindu by Hijjaz sudah menjelaskan yang sudah terang lagi bersuluh bahawa rindu itu adalah satu rasa yang dikurniakan Allah SWT kepada umatNya yang ada rasa mencintai dan dicintai. Jika kita berjaya menanam akan rasa cinta dalam diri tidak kira cinta pada Allah mahupun pada manusia itu sendiri, sudah pasti akan ada rasa rindu saat berjauhan. masyaAllah. Umpama walaupun kita rasa yang kita jauh daripada Allah SWT tapi sebenarnya kita dekat sangat dengan Allah SWT. MasyaAllah!

 Sebab apa? sebab rasa cinta Allah SWT pada kita. Sebab Allah SWT tidak pernah tinggalkan kita. Sebab Allah SWT tidak pernah biarkan hati kita kosong. Sebab Allah SWT terlebih dahulu isikan rasa rindu dalam jiwa kita. Pernah dengar ungkapan JAUH TAPI DEKAT? meh ana nak explain. Sebenarnya jauh itu jarak tapi dekat itu hati. Hati kita sebenarnya saling berhubung antara satu sama lain dengan orang yang kita sedang rindu. Melalui apa? MELALUI DOA dan doa itu sebenarnya disalurkan kepada Allah SWT.


Tak susah pun kan sebenarnya apa yang patut kita buat bila kita rindukan seseorang. Cuma kita sahaja yang kurang tahu bagaimana caranya merindui seseorang dengan cara terhormat. Dengan ini, hati kita dapat dijaga, hati mereka juga terjaga. Terjaga daripada syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia yang asal-usulnya daripada tanah. yang dipandang keji oleh syaitan. Allahurabbi!

P/s : Honestly, ana amat merindui seseorang. Yang ana mampu buat adalah berdoa dan mengadu pada Allah. Moga Allah sampai rindu ana pada dia.






Friday, 2 August 2013

Ramadhan hampir meninggalkan kita semua :(

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat ana yang dikasihi Allah. MasyaAllah, Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Cukupkah kita kumpul pahala yang berlipat ganda di bulan yang penuh barakah ini? Allahurabbi! 


Ramadhan sesungguhnya engkau adalah bulan yang sangat istemewa buat ahli ibadat. Langkahmu semangkin terasa untuk meninggalkan kami semua, belum pasti akan bertemu kembali, pengharapan  kasih sayang daripada Allah SWT agar dapat berjumpa Ramadhan tahun hadapan InsyaAllah.
Rebutlah peluang dan jangan disiakan saat-saat akhir Ramadhan dan hidupkanlah saki baki yang ada agar kita tidak kerugian.

Hidupakan pada malamnya dengan berqiamullaill, ambillah peluang untuk banguan dimalam hari kerana di sepuluh Ramadhan terakhir mengandungi kelebihan dan kebaikan bagi mereka-mereka yang mengetahui, itulah Lailatul Qadr. Tujuannya adalah untuk kita membesarkan syiar Allah dan menambahkan  Taqwa kita kepadaNya. Lailatul Qadr adalah malam sejatera dan selamat daripada kejahatan dari awal malam hingga terbitnya Fajar. Keterangan lailatul Qadr amat jelas dan terang didalam Al-quran (Surah Al-Qadr :Ayat 1-5 ) yang tidak perlu kita sangkal akan kelebihan dan keistemewaannya.

Tanamkan dalam hati dengan  niat kita yang Ikhlas semata-mata untuk mendaptkan keredhan Allah SWT. Dengan kesungguhan bangun daripadatilam yang ampuk lagi nyaman dimalamnya  hanyalah untuk memohon keampunan daripada  Allah SWT. Tujuan kita menghidupan Laillatul Qadr adalah untuk mendapatkan keberkatan dan tanda syukur kita kepada Allah SWT. Kuatkan jasat kita dan niatkanlah keikhlasan diri  bagi menempuh akhir Ramadhan yang akan pasti meninggalkan kita semua. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semua, kami belum pasti akan bertemu Ramadhan yang akan datang.

Allah Subahanahu Wataala turun setiap malam ke langit Dunia ketika masi berbaki 1/3 malam yang akhir' Allah Berfirman " Siapa berdoa kepadaku pastiku Makbulkannya, Sesiapa meminta kepadaku pastiku Memberikannya, Sesiapa memohon ampun padaku Pastiku Ampunkan"
(Shaih Bukhari)

InsyaAllah tiada yang mustahil untuk dirialisasikan bagi menempuh akhir Ramadhan dengan kesungguhan dan niat yang ikhlas. Ayuh! muslimin dan muslimat  kita tanamkan dalam hati kita niat ikhlas untuk mendapatkan keampunan dan keredhan daripada Allah SWT.


Ikhlas dari Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat ana. MasyaAllah terlalu lama ana tak update dalam blog ini. Dengan keadaan ana yang kurang sihat. Entri ini ana copy dari sahabat ana. Moga dapat syafaat untuk sahabat-sahabat ana juga. InsyaAllah.

Ana bukan penulis yang hebat dan ana sebenarnya takut untuk menulis. Takut sekiranya ana sendiri tidak mengamalkan apa yang ditulis. Nauzubiilah. Kerana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan"
[as-Saff : 2-3]

InsyaAllah. Perkongsian kali ini juga merupakan muhasabah terbaik untuk diri ana sendiri dan juga sahabat ana yang dikasihi Allah SWT.

'Saya tidak mahu yang fitrah menjadi fitnah. Saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah.'


Waktu saya buka twitter tadi. Saya tweet lah ayat ni.
"Saya mahu yang fitrah itu menjadi barakah"
then, seorang sahabat saya, Murshidah bertanya "maksudnya?"


Okay. Kalau kita nak mudah faham. 


Bismillahirrahmanirrahim. 

Cinta itu fitrah kan ? tapi sebenarnya apa itu cinta ? cinta tu fitrah dalam diri kita sebagai manusia. Allah yang tumbuhkan rasa tu dalam diri kita. Allah yang semai rasa tu dalam badan kita. tapi itu tak bermaksud kita boleh gunakan perasaan yang sepatutnya indah dan suci itu sewenang-wenangnya. cinta itu fitrah. YES. tapi yang fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah. dan yang fitrah itu boleh bertukar menjadi barakah.


Cinta itu boleh jadi fitnah kalau kita salah apply. Coupling. Itu bukan trend umat islam. Tak kisah lah awak-awak sekalian cakap kami couple secara islamik ataupun tidak. Itu tetap bukan trend kita sebagai umat islam! 


Dan cinta tu jugak boleh bertukar menjadi barakah kalau kita salurkan rasa yang indah itu dengan betul. Cintailah yang Maha Menyintai. Cintailah Rasulullah yang terlalu merindui kita ni. Cintailah ibu bapa yang tak pernah jemu untuk berkorban dan memberi kasih sayang kepada kita sejak kecil. Cintailai ahli keluarga kita yang selalu ada untuk kita. Cintailah sahabat-sahabat kita yang sering mengajak kita untuk mengigati-Nya. CINTAILAH PADA YANG BERHAK.


Jagalah cintamu hanya kepada yang berhak. Biarlah orang yang hendak mendapatkan cintamu itu harus melabuhkan cintanya kepada Allah yang Satu untuk mendapatkan cintamu. Biarlah cinta yang bakal kita bina itu cinta high class. Kenapa high class ? bak kata Fatimah Syarha.

high class kerana.
itu tanda patuhi Allah.
itu tanda jauhi fitnah.
itu tanda sebuah mujahadah.

satu lagi. Sentiasa jaga kedudukan Allah dalam hati kita.
 insha-Allah. Bila kita menjaga Allah, Allah akan jaga kita balik. 

 Oh ya. Bercakap pasal fitrah. Sebenarnya kecenderungan kita untuk mendekati agama kita. Iaitu Islam. Itu juga fitrah. bukannya hipokrit. Janganlah takut untuk berubah. Bila hidayah itu sudah dicampakkan. Jangan pula lepaskan peluang yang Allah dah bagi. Sebab kita takkan tahu bila lagi hidayah nak menjenguk kita. 

Dan sahabat-sahabat. ingatlah bahawa cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya sangat luas. Cinta Allah buat kita lebih tinggi daripada cinta seorang ibu kepada anaknya. Dapat bayang tak ? tinggi bukan ??? 
  
Sahabat-sahabat. Sungguh. Nak berubah itu mungkin bagi sesetengah daripada kita itu mudah. Tapi part nak istiqamah itu yang susah. Kekuatan itu harus dibina. Biarlah kita perit sebentar di dunia. Asal di akhirat sana bahagia. biarlah kita menanggung sedikit kesusahan di dunia. Asal di akhirat sana kita beroleh kesenangan. Biarlah kita dipandang hina oleh manusia. Asal kita dipandang mulia oleh Allah.
  
Ya Allah. Mujahadah itu sangat susah. Kerana syurga yang Allah tawarkan tersangat manis sahabat-sahabat. Tak dapat dibayang dek pancaindera kita. Syurga itu terlalu manis. dan tiada tiket percuma untuk kita ke sana. 
  
Sahabat-sahabat. Saya juga bukan insan yang terbaik untuk memberikan nasihat. Cuma saya ingin berkongsi apa yang saya dapat. Jangan dinilai diri ini. Jangan dinilai masa silam saya. Biarlah hanya Allah yang menjadi penilai buat saya. Cukuplah Dia. 


monolog diri :

Buat sahabat-sahabat yang saya sayang kerana-Nya.
saya juga bukan insan yang terlalu kuat. tapi saya harus kuat untuk terus meraih cinta-Nya.
sungguh. saya juga pernah jatuh terduduk. tapi saya tahu. kekuatan itu juga datang dari-Nya.
kepada-Nya lah kita meminta. binalah kekuatan itu wahai sahabat. 
moga Allah terus melindungi kita semua. 
uhibbukum fillah. 


Alhamdulillah, panjang lebar sahabat ana terangkan. Moga sahabat-sahabat ana yang lain dapat memahami. InsyaAllah. 


Jom ke blog sahabat ana yang super cute ni! 

Tuesday, 29 January 2013

Crumbed cheesy sausage roll vs sakit kaki

Assalamualaikum wbt, selamat tengahari. Hah?! apa tu "Crumbed cheesy sausage roll". Makanan lah tak kan minuman pula kan? hehe maaf maaf sekadar gurauan sahaja. Hari ni Cik Honey akan shared resepi ni dengan korang semua. Eh! Cik Honey dengar nama resepi macam susah je?! memandai je korang kan! tengok resepi dulu okay. Selalu korang dengar nama roti hot dog je kan tapi kali ni di tambah dengan keju! agak-agak bertambah lemak ke tak ya? hehe. Resepi ni Cik Honey kopipasta di blog Moments in My Life korang pergi lah blog dia. Ha korang mesti tertanya-tanya(perasan je lebih) kenapa Cik Honey taip "Crumbed cheesy sausage roll vs SAKIT KAKI" kan?

Dugaan yang menimpa Cik Honey, bila bangun pagi. Nak pijak kaki ke lantai, MasyaAllah hanya Allah yang tahu betapa deritanya sakit yang Cik Honey rasa. Dalam seminggu tu pasti 2-3 kali kena. Tak kan setiap malam nak suruh mak Cik Honey yang urut. Maaf bonda. Cik Honey ada google pasal sakit kaki dan tumit. Ia sakit di sebabkan oleh urat "plantar pascia" menjadi radang(inflammed). Sakit sangat! korang yang pernah mengalami sakit ni, tolong lah shared rawatan apa yang sepatutnya Cik Honey nak laku kan, nak p hospital. Eerr (penakut) huhu.

Okay, let's start untuk memasak!

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan :

Roti - 10 keping
Sosej - 10 batang sosej tak kan 5 pula hihi
Keju - 10 keping
Telur - belasah sampai hancur (tipu) di pukul sedikit ya
Serbuk roti - nak salut salut nanti
Minyak - untuk minum, eh silap! mesti lah mengorengkan. Apa lah korang ni

Cara-cara :

1. Gelek-gelek roti hingga leper (bukan gelek inul ya), kalau nak buang kulit tepi roti. Sila buang ya. Depend pada korang.

2. Letak kan kepingan keju dengan lemah lembut dan di iringi dengan sosej.

3. Sapukan hujung roti dengan sedikit telur agar melekat.

4. Gulung dengan kemas, buat sampai habis tau.

5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dengan telur yang di pukul tadi. Then, gelek-gelek dengan serbuk roti.

6. Sedia kan kuali, taruh minyak. Bila minyak dah panas. Get ready untuk menggoreng. Bila dah nampak roti tu kuning keemasan (cewah!) boleh lah di angkat. Tos dulu ya, hidangkan bersama japannese mayonis dan limau suam (Cik Honey punya febret) depend pada korang lah ya. Dah siap kan? nak makan kan? mula kan dengan doa makan ya. Selamat menjamu selera dan selamat berjaya.

sumber dari blog Moments in My Life


Ikhlas,
Cik Honey

Sunday, 27 January 2013

Resepi Churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum wbt dan selamat tengahari semua. Hari ini Cik Honey akan share resepi churros atau kuih belimbing. If korang dah tahu takpe, yang tak tahu. Korang boleh tengok resepi ni. Actually korang mesti pernah dengarkan nama kuih ni? siapa yang tengok movie "Running Man" must be know! because ada episod yang Kwangsoo tu. Churros sangat famous dekat Amusement Part, Korea. Okay, let's start!

Bismillahirrahmaniirahim,

Bahan-bahan

Air
Mentega
Garam
Gula
Tepung
Telur
Coklat/Coklat strawberry

1 cawan air
1 sudu makan mentega
1 1/4 cawan tepung
1 sudu makan gula
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara memasak

1. Panaskan kuali korang, masukkan air, garam, gula, dan butter. Didihkan sampai butter cair tau.

2. Make sure, slow kan api ya. Masukkan tepung dan kacau sampai kencang! haha tipu je. Kacau cepat- cepat dan tutup api ya.

3. Masukkan telur ayam ya jangan masukkan telur itik pula. Hihi, dan kacau sebati.

4. Lepas korang dah sebati kan bahan-bahan tu, korang masukkan adunan tadi dalam pipping bag yang nozel star. Kompom cun! if korang tiada pipping bag yang nozel star susah sikitlah tak nampak comel lah. Dah siap bernozel-nozel apa lagi tunggu. Goreng dengan warna keemasan gitu. Make sure api slow ya, nanti rangup sangat dah jadi marukku. Hik hik. Siap!

Untuk bahan mencicah, Cik Honey memilih chocolate brown dan chocolate strawberry dari kedai kek! memang nyummy. Especially for kanak-kanak yang sangat suka coklat.

Cara penyediaan coklat

1. Cik Honey guna coklat masakan yang tidak memerlukan campuran susu pekat. Sebab Cik Honey beli coklat masakan yang hanya perlu double-boiling kan sahaja. Kerja jadi senanglah.

2. Korang tunggu sampai coklat cair, dan angkat ke dalam mangkuk yang cantik untuk dihidang.

3. Dah siap! Alhamdulillah. Jangan lupa doa makan ya, selamat menjamu selera bersama Churros by Cik Honey.

Ikhlas,
Cik Honey.




Friday, 21 December 2012

Pop up

Assalamualaikum and hye everyone and my lecturer En. Zulkifli. This pop up i create for booklet. If you have a comment, just drop your comment at comment box. Thank you for your visiting in my blog. Bye!


Content II

Hye, i'll be back again here! have comment, just leave or drop your comment at comment box. Thank you